Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengambil keputusan untuk tidak mengusir para diplomat Amerika Syarikat berikutan tindakan pentadbiran Obama yang mengusir keluar 35 orang diplomat Moscow ke Washington.
"Kami tidak akan mencipta masalah untuk para diplomat A.S. Kami tidak akan mengusir keluar sesiapapun," kata Putin pada hari Jumaat.
Sebelum itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengusulkan kepada Putin untuk mengusir keluar 35 orang pegawai diplomatik A.S sebagai tindak balas terhadap langkah yang diambil oleh pentadbiran Obama sebelum ini.
Kementerian itu turut meminta Presiden Putin untuk tidak membenarkan para diplomat A.S untuk menggunakan rumah peranginan mereka yang terletak di barat Moscow dan sebuah gudang yang terletak di bandar yang sama setelah Obama mengarahkan penutupan dua hartanah milik Rusia di A.S. Putin walau bagaimanapun menolak permintaan itu dengan alasan tidak mahu anak-anak para diplomat A.S terkesan daripada langkah itu.
Pada hari Khamis lepas, Obama mengarahkan beberapa siri sekatan terhadap Rusia dan mengusir keluar 35 orang diplomat Rusia dengan tuduhan mereka melakukan pengintipan.
31 Disember 2016 - 17:07
News ID: 801921
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengambil keputusan untuk tidak mengusir para diplomat Amerika Syarikat berikutan tindakan pentadbiran Obama yang mengusir keluar 35 orang diplomat Moscow ke Washington.